TIPS UNTUK BELI LAPTOP TERPAKAI @ SECONDHAND | TOUCH MEDIA PUCHONG



1. Tahu apa yang anda perlukan

Pastikan terlebih dahulu spesifikasi laptop tersebut,RAM,CPU.


Cara Penggunaan

RAM
(memory)
Processer
(speed)
Basic Use 

E-mel, melayari web, perkongsian gambar, tugas pejabat asas, kewangan peribadi
2 GB
1GHz
Intermadiate Use 

Semua di atas termasuk memuat turun / mengurus muzik, perisian kreatif asas, tugas pejabat lanjutan
4GB
2GHz
Advanced Use 

Semua di atas ditambah Pengeditan Filem / foto / muzik, permainan, web hosting, ciri-ciri canggih
6GB
4GHz


2. Periksa Bateri

Jika anda merancang untuk menggunakan laptop anda tanpa penggunaan adapter, disarankan untuk mencari bateri yang menggunakan lithium ion kerana bateri ini dapat bertahan lebih lama. Walau bagaimanapun, kebanyakkan bateri mempunyai jangka hayat selama 3 tahun, jadi berkemungkinan besar bateri tersebut telah tidak dapat digunakan atau sudah lemah. Jadi anda perlu mempertimbangkan untuk membeli bateri yang baru.


3. Permainan Komputer

Laptop second hand bukanlah pilihan yang terbaik untuk bermain permainan komputer terkini. Lebih baik jika anda membeli laptop yang baru.


4. Periksa laptop sebelum membeli

Anda perlu memeriksa beberapa komponen berikut dengan teliti sebelum membelinya

  • Frame – memeriksa kasing terlebih dahulu. Pastikan tiada kesan retak kerana ianya akan membuat jangka hayat laptop anda semakin pendek. Cari juga masalah lain seperti hinge yang telah longgar atau ketat, warping, dan juga bahagian yang hilang seperti skru.
  • Skrin – perhatikan keadaan skrin. Pastikan skrin tersebut berkedip atau mempunyai kecerahan yang tidak rata. Ini berkemungkinan sambungan longgar atau ianya sudah rosak. Periksa jika ada piksel yang tersangkut atau mati, contohnya seperti bintik-bintik putih pada skrin. Sesetengah piksel boleh diperbaiki dan sesetengah nya tidak. 1 hinga 2 piksel yang mati sememangnya tidak dapat dikesan tetapi jika ianya lebih ia boleh menjejaskan skrin.Untuk memeriksa piksel mati, anda boleh menggunakan software Dead Pixel Buddy 1.1 yang boleh dimuat turun di softpedia.com. Ianya memerlukan sedikit ruang pada hard disk.
  • Peranti – lihat pada papan kekunci. Ini adalah bahagian komputer yang paling banyak digunakan. Perhatikan jika ianya mempunyai apa-apa kerosakkan. Uji pemacu CD juga.
  • RAM – jumlah RAM (atau ruang memori) , ianya menentukan kelajuan laptop dan komputer anda. Sebelum membeli, periksa slot yang ada dahulu. RAM dapat ditambah jika mempunyai slot tambahan.
  • HDD – pastikan jangka hayat cakera keras dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.

5. Periksa sambungan dengan Internet

Pastikan sambungan ke internet dapat dilakukan. Periksa juga slot USB pada bahagian tepi atau belakang laptop.


6. Beli jenama yang dikenali

Apple membina beberapa computer yang sangat tahan lama. Lenovo juga boleh tahan juga. Perlu diketahui  beberapa laptop seperi Dell yang baru boleh didapati dengan harga yang lebih kurang sama dengan second hand.


7. Jangan bayar terlalu banyak, Dapatkan dengan harga yang perpatutan

Sebelum membeli pastikan anda sudah membuat beberapa carian tentang harga laptop tersebut. Anda boleh membuat carian di internet. Banyak website yang boleh dipercayai.


8. Ketahui risiko sebelum membeli

Anda perlu ketahui bahawa peruncit akan mengenakan bayaran lebih tinggi berbanding seorang individu untuk barang yang sama, tetapi peruncit akan memberikan warranty untuk masa beberapa bulan. Jadi anda perlu membuat keputusan yang baik.

Comments