[4] JENIS KEROSAKAN SKRIN DAN PUNCA-PUNCANYA | TOUCH MEDIA PUCHONG


Punca-punca skrin rosak ni boleh dibahagikan kepada  4 bahagian, iaitu skrin tersebut pecah,bergaris-garis, tompok-tompok hitam, atau blank.



Skrin pecah  



Jika skrin laptop pecah, puncanya mesti berkaitan kemalangan fizikal. Contohnya, laptop terjatuh, kawan terpijak, terhempas,terhentak ,tertumbuk. Kalau ada yang cakap skrin laptop pecah sebab overheat, pecahkan muka dia!


Skrin bergaris



Skrin bergaris ni anda kena cek dulu, samada berkaitan software atau hardware.  Jika berkaitan software, cek graphic driver. Apa yang anda boleh buat adalah pastikan driver graphic laptop adalah compatible ataupun yang paling latest.  Sudah kenal pasti masalah tersebut bukan disebabkan driver, anda cuba untuk adjust resolusi skrin.

Caranya adalah:-

Di desktop > right click > tekan display setting > bila setting dah keluar, pilih advance display settings (bahagian bawah) > banyak resolusi skrin yg boleh dipilih. Pilih yg tulis Recommend.

Masih tak menyelesaikan isu ? masa untuk cek hardware.

Langkah pertama, cabut panel skrin laptop anda dan cari kabel skrin yang bersambung ke motherboard.Cabut dan  pasang balik dan lihat hasilnya.

Jika masih tiada perubahan, kemungkinan besar adalah kabel skrin anda telah rosak.


Skrin tompok-tompok ( dead pixel)



Punca dead pixel ni lebih kurang sama punca seperti skrin pecah.  Boleh juga disebabkan oleh tekanan.

Contoh situasi, anda letak laptop dalam bonet kereta,letak dalam beg bersama buku-buku.bawa pula 200km/h nampak bonggol pon main langgar je, sampai tempat dituju  anda buka laptop ada tompok hitam (dead pixel).

Dalam kes ini ,  laptop tersebut terhempap dengan buku dan terhentak-hentak. Punca lain masalah ini juga adalah disebabkan oleh laptop overheat.


Skrin blank



Skrin blank ni agak misteri puncanya,  benda  ni berlaku tanpa diduga dan susah untuk dikenalpasti. Hal ini kerana, skrin blank bersangkut paut dengan masalah graphic chip.

Cara untuk kenal pasti masalah ini berkaitan skrin, korang cuba sambungkan laptop korang ke tv atau external monitor. Jika keluar display di tv/external monitor, berkemungkinan tinggi skrin anda yang rosak.

Punca yang paling logik untuk skrin blank ini adalah disebabkan sudah sampai ajalnya.


P/s : Skrin korang bermasalah ? nak tanya, nak survey dulu ?

boleh whatsapp / call : 012 670 9964

Comments

  1. Screen laptop saya keluar line melintang warna hitam. Sy da cuba ikut arahan display setting kt dlm ni tp xpandai nak buat. Rosak ke ape ye?

    ReplyDelete
  2. sreen saya keluar line menegak di tepi sreeen . macam mana nak hilangkan line tersebut

    ReplyDelete

Post a Comment