Isu Harddisk usage 100% didalam windows 10 ini memang soalan
popular yang ditanyakan pada admin Bagi yang tak tahu, bila berlaku isu
harddisk usage 100% laptop korang akan
jadi slow yang teramat walaupun tak banyak program yang korang buka. Contoh
situasi lain,masa korang main game atau buat kerja yang heavy ( rendering)
laptop korang akan panas dan mati tiba-tiba.
So, macamna korang nak cek harddisk usage korang ? Caranya mudah, korang tekan ctrl+alt+del >> pilih task
manager dan tenguk dekat bahagian Disk berapa percent usage harddisk korang.
Kalau sudah 100% korang baca thread ni sampai habis, kerana
admin nak tunjukkan 7 cara yang terbukti berkesan.
Disabled windows search
Caranya, buka command prompt gunakan sebagai administrator
(start >kotak search , taip cmd >> right click >> pilih run as
administrator >> enter)
Dalam cmd korang taip net.exe stop “windows search” seperti
dalam gambar dibawah.
Sudah selesai, korang cek balik samada disk usage dah turun
atau tidak. Jika turun korang disabled
terus windows search , caranya :-
Cara disabled terus windows search
Buka run (windows key + R) dan taip services.msc
Cari windows search , klik 2 kali untuk masuk properties.
Ubah startup type ke Disabled. Klik apply dan ok utk save
Refer gambar untuk pemahaman.
Disabled SuperFetch
Kepada yang tak tahu, superfetch ini gunanya untuk kurangkan
masa boot window atau load program. Tetapi, ianya juga salah satu punca
harddisk usage korang jadi 100% . Jadi cara untuk disabled SuperFetch ni adalah
:-
Buka command prompt ( windows key + X) dan pilih command
prompt (Admin) untuk buka sebagai administrator.
Keluar “popup do you want to allow this app to changes to
your device?” tekan yes.
Di cmd taip [ net.exe stop superfetch ] dan tekan enter untuk disabled
Sudah selesai, tunggu berapa minit dan lihat kembali
prestasi disk.
Buat disk check
Buka cmd dan run as administrator (rujuk step 1 / 2)
Keluar “popup do you want to allow this app to changes to
your device?” tekan yes.
Dalam cmd taip [ chkdsk.exe /f /r ] dan enter
Keluar step seterusnya tekan [ Y ] untuk buat disk checkup
selepas restart laptop
Penting : Disk check akan dilakukan selepas laptop korang
boot dan ianya akan mengambil masa yg agak lama – boleh cecah 1 hari. Jika
tanak tunggu korang boleh skip dan reschedule balik.
Reset balik virtual memory
Virtual memori ni mcm
ruang simpanan rahsia. Gabungan antara RAM dan sedikit bahagian harddisk. Bila
RAM dah tak mampu buat kerja, sistem windows akan pindah / simpankan fail dalam
virtual memori, kemudian akan masuk balik dlm RAM bila diperlukan.
Cara reset virtual memory :
Di papan kekunci, tekan windows key + butan pause/break
(sebelah f12).
Pilih Advanced System Settings di panel sebelah kiri
Pilih Advanced >> settings
Keluar popup, pilih Advanced >> change
Pastikan kotak Automatically manage paging file size for all
drives tidak ditanda.
Pilih drive window yang di install windows ( biasanya C; )
Kemudian masukkan initial size dan maximum size untuk virtual memory.
Sudah masukkan, Tekan SET dan OK
Initial size – kalau tak tahu nak letak apa, pilih je ikut
nombor yg di Recommended
Maximum size – jangan letak tinggi sgt. Suggestion, darab
1.5 dengan jumlah memori ram korang.
Contoh ram 4 GB (4096 MB) x 1.5 = 6,144 MB . Jadi jangan letak angka lebih dari
6,144 MB.
Dah masuk angka dlm virtual memory, tekan OK utk continue
Padam semua “temps” fail dari laptop anda. Tekan windows key
+ R , keluar Run dan taip temp dan tekan enter. Akan terbuka tingkap baru ke
folder temp.
Pilih semua file temp dan padam.
Disable Software Antivirus
Kalau korang ada antivirus atau anti-malware macam Norton,
Kaspersky, AVG, avast atau malwarebytes try disabled sekejap. Caranya:-
Di toolbars bawah, tekan button sebelah bateri (rujuk
gambar)
Cari logo antivirus korang, tekan rightclick dan pilih
disabled
Selain disabled, ada juga yg tulis quit atau yang boleh
pilih tempoh masa disabled.
Ubah setting google chrome.
Tak tahu sebab apa, tapi browser google chrome semacam ada bug yang buatkan
harddisk korang jadi 100% . Cara untuk setting balik google chrome anda adalah
:-
Dalam google chrome, tekan 3 titik bertindih (di bahagian
atas sebelah kanan) dan pilih settings.
Scroll sampai bawah page dan pilih Advanced.
Dalam kategori Privacy and Security, pastikan Use a
prediction service to load pages more quickly ditutup.
Cuba betulkan driver StorAHCI.sys
Jika semua step diatas tak function untuk korang, try cek
driver StorAHCI.sys samada ada bug atau tidak. (bug tersebut yg menyebabkan
harddiks jadi 100%)
Buka Device Manager (windows key + X) dan pilih Device
manager.
Kembangkan kategori IDE ATA/ATAPI Controllers , dan tekan 2
kali di AHCI controller
Masuk Driver >> Driver Details . Jika korang nampak
storahci.sys tersimpan dlm system32,bermaksud driver AHCI ada running dlm
system32.
Tutup tingkap Driver Details dan buka Details (sebelah
driver). Nampak drop-down menu, pilih Device Instance Path. Salin dan hafal
nombor yang keluar. (Mula dari VEN_)
Dah salin, tutup semua tetingkap. Buka regedit (tekan
windows key dan taip regedit)
Keluar regedit , korang pilih HKEY_LOCAL_MACHINE > System
> CurrentControlSet > Enum > PCI > (cari nombor yg sama mcm di no 4
– nombor kena salin) > Device Parameters > Interrupt Management >
MessageSignaledInterruptProperties
Dah setel semua, restart laptop anda.
Step lapan – Ubah performance
Persen cara ini berkesan adalah 70% tetapi ada sedikit
kelemahan
- Laptop cepat panas
- Bateri cepat habis
Cara untuk menggunakannya :-
Di toolbars bawah cari logo bateri > right click pilih
power option
pilih high performance, jika tak jumpa tekan show additional
plans
Kalau masih tak menyelesaikan masalah, korang cuba cek
kesihatan harddisk. Try guna sentinel harddisk. Yang trial pon takpe. Cara nak baca, Percentage Harddisk dibawah
90% adalah berisiko untuk rosak.
Comments
Post a Comment