CARA SCREENSHOT | TOUCH MEDIA PUCHONG




Screenshot adalah satu fitur yang sangat penting dan berguna sekali. Ianya dapat memudahkan kerja anda untuk tujuan menunjukkan tutorial atau masalah yang dihadapi di Laptop/komputer anda.


Cara yang biasa digunakan oleh pengguna untuk screenshot adalah dengan menekan butang prt sc / printscreen  seperti gambar dibawah.



[1]Cara untuk mengambil screenshot yang sempurna (dalam windows 7)

Seperti umum tahu,cara untuk mengambil screeshot adalah dengan  menekan butang prt sc / printscreen . Apabila menekan butang prt sc / printscreen ianya akan mengambil screenshot secara penuh.

Bagaimana jika anda hanya inginkan screenshot aktif window sahaja seperti ini?


Caranya mudah,

  1. tekan butang alt dan prt sc / printscreen secara serentak
  2. buka aplikasi paint dalam laptop anda.
  3. Tekan Ctrl + V dan lihat screenshot anda didalam program paint tersebut.

buka paint dan buka screenshot

Tekan save screenshot dan anda boleh gunanya bila-bila masa.


[2] Cara screenshot menggunakan snipping tools (windows 7/8/10)

Program snipping tools ni adalah cara fevret admin untuk ambil screenshot, kerana dalam tools ini  anda tidak perlu untuk paste screenshot anda didalam sebarang program imej editing lain (cth : paint). Menggunakan snipping tools ianya akan secara langsung menyimpan screenshot tersebut.

Bukan itu sahaja, Anda juga boleh mendapatkan banyak pilihan dalam alat ini seperti pemilihan segi empat tepat. Dalam mod pemilihan segi empat tepat, anda boleh mengambil screenshot kawasan pilihan anda.

Caranya,

tekan start / atau butang window dan taip snipping tools

cari snipping tools di dalam windows

Buka snipping tools dan pilih Rectangular snip

pilih rectangular snip untuk mengambil screenshot

Sekarang anda boleh mengambil screenshot dengan menggunakan aplikasi yang power ini.


Comments