SKRIN LAPTOP TIBA-TIBA GELAP. APAKAH SEBAB DAN CARA ATASINYA | TOUCH MEDIA PUCHONG



Pernah tak anda alami skrin laptop atau netbook anda tiba tiba gelap walaupun anda tekan semua huruf dan nombor di keyboard tetapi ianya terus terdiam dan tiada respon. Kenapa terjadi-nya begitu dan bagaimana cara nak atasinya.





Perkara ini terjadi kerana

—————————————————————————————————————————————–

1. Anda tertekan sleep secara tak sengaja dan anda tak tahu kunci untuk wake upnya semula….kalau tersleep memang susah nak bangun balik

2. Komputer anda memang "hang" (mungkin anda xperasan) dan kelihatan black screen

3. Virus attack

4. Memang screen LCD/LED nya rosak



Bagaimana nak atasinya mudah sahaja sama ada

—————————————————————————————————————————————–


1. Tekan butang power selama 10 saat komputer( maksudnya disini komputer akan di reset) dan cuba restart semula




2. Jika tak menjadi..mula2 tanggalkan bateri dan pasang balik kat tempat asal nya dan try on seperti biasa





Jika semua proses ini telah dibuat dan skrin masih juga gelap, cuba sambungkan laptop pada skrin luar(external screen). Jika kelihatan gambar pada skrin luar, ini bermakna skrin laptop anda sudah rosak dan perlu ditukar.  Harga skrin bergantung pada jenis dan saiznya, sekitar RM 280 – RM 500.

Comments